I made this widget at MyFlashFetish.com.

16.1.11

Tomorrow is the day

Salam..

Insya Allah, esok merupakan hari pertama "Teaching Practise" buat kami daripada Diploma in Physical Education dan juga yang lain. Semestinya saya merasa gementar dan juga tidak sabar ingin memulakan kerja sebagai guru pelatih. Rasa nervous mungkin hilang sedikit pasalnya Sek Ren Ahmad Tajuddin bukan asing bagi saya sekarang, saya pernah menjalani Teaching Assistance di sekolah tersebut pada tahun lepas selama dua (2) bulan. Walau macam mana pun, saya tidak akan menanggap ianya mudah kerana "pressure" atu akan sentiasa ada. Setiap orang ingin buat yang terbaik kan?

Tetapi berbeza pada kali ani, Teaching Practise lain daripada Teaching Assistance. Dulu saya cuma sekadar membantu guru-guru dan sekali-sekala diberikan peluang untuk mengendalikan kelas mahupun menggantikan guru-guru yang tidak dapat mengajar (relief class).

Kini, saya akan berpeluang merasakan suasana menjadi seorang guru yang sebenar. Tanggungjawab akan menjadi lebih berat. Tetapi saya akan mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin untuk bekalan di masa hadapan.

Berikut adalah gambar kenang-kenangan semasa saya menjalani TA di Sek Ren Ahmad Tajuddin:







Goodluck to all my classmates Dip Physical Education (PHYSED)...

SEK REN AHMAD TAJUDIN, HERE I COME!

(",)




No comments:

Post a Comment