I made this widget at MyFlashFetish.com.

19.1.11

Day 3 / 19.01.11

Salam

Hari ani saya mengendalikan kelas tahun 5b pada period 7.40 - 9.10 pagi. Mengikut scheme of work, saya mengajar mereka mengenai "Pergerakan Asas Bukan Lokomotor" iaitu Berdiri, Duduk, Membongkok & Mengilas. Satu cabaran buat saya kerana ini merupakan kali pertama saya merasakan mengajar pendidikan jasmani mengikut scheme of work yang telah disediakan. Alhamdulilah, saya dapat melaksanakannya dengan baik. Walaupun bahan sudah di sediakan untuk diajar, cabaran utama nya ialah bagaimana untuk kita mempelbagaikan nya lagi dengan kreativiti tersendiri apabila sedang membuat lesson plan (rancangan mengajar). Berikut adalah beberapa gambar dan video yang sempat saya ambil:


kelas dimulakan dengan stretching
.
.
.

membuat pemanasan badan
.
.
.

semasa mereka sedang bersedia untuk bermain satu permainan kecil yang berkaitan mengenai pergerakan asas bukan lokomotor yang saya sendiri cipta


murid-murid 5b sungguh berdisplin dan mendengar arahan dengan teliti dan betul




Alhamdulilah, tugas saya menjadi mudah apabila mereka memberi respon yang positif dan menghormati guru. Alhamdulilah.. Walaupun ianya meletihkan, apabila melihat kerja yang selesai dengan sempurna rasa letih tersebut dengan sendirinya terubat...

Next, macam biasa bila ada masa free atu biasalah mesti ada relief class untuk dijaga. Kali ani mengawas kelas Tahun 4a untuk period 11.30-12.30. Sungguh terharu apabila mereka semua masih mengenali saya diaman saya pernah mengajar mereka pada tahun lepas semasa TA, dan pada ketika itu mereka adalah kelas Tahun 3. Dengan masa yang ada, saya mengarahkan mereka untuk menyiapkan mana-mana kerja yang belum siap dan kemudian mengizinkan mereka untuk berehat asalkan tidak membuat bising dan menggangu ketenteraman  kelas yang lain. Seperti biasa, gambar-gambar mereka seperti berikut:


balik-balik sudah disuruh duduk arah meja masing-masing, masiiih jua asal-asak ke meja ku..

mana satu upin & ipin ni? durang ani kah komik atu.. hmm..

.
.
.



menunggu untuk dikeluarkan, semua semangat kan balik awal

Ok, thats all for today. Setakat ani saja dulu perkongsian saya untuk pengalaman hari ke-3 TP di SRAT. Esok, Khamis, NO P.E for SRAT students... SRAT sengaja tidak mengadakan lesson PE untuk setiap hari khamis kerana ingin menghormati hari tersebut. Biasanya hari khamis adalah hari keugamaan, pada awal pagi mereka biasanya akan berkumpul beramai-ramai untuk membaca surah Yassin dan surah-surah lazim. Insya Allah saya akan kongsikan cerita mengenai esok :)

Walaupun off-day untuk saya, lesson plan untuk nextweek mesti disiapkan :s

Sekian.. ('',)

No comments:

Post a Comment