I made this widget at MyFlashFetish.com.

23.1.11

Berapa banyak kerja hari sabtu daa..

Salam,

Its Sunday morning masa ani (skjp lagi tengahari) dan seperti biasa saya akan post mengenai aktiviti & kegiatan saya kelmarin iaitu hari Sabtu. Disebabkan demam datang mengejut, saya tidak dapat untuk meng-update blog ani semalam. So now, Im back hehe..

Ok, kalau hari Sabtu SRAT biasanya awal-awal pagi akan ada Ko-Kurikulum selepas sahaja morning assembly. Ko-Kurikulum bermula jam seawal 7.30 sehingga 8.40 pagi. Tapi before atu, saya ditugaskan untuk mengendalikan satu sesi aerobik bersama guru-guru & murid-murid SRAT.


sebelum aerobik, stretching dulu...


mereka terhibur :)

guru-guru SRAT tidak melepaskan peluang untuk sama-sama mengikuti aerobik

Alhamdulilah, mereka semua sangat terhibur. Ini merupakan kali keempat dimana saya mengendalikan sesi aerobik ini bersama mereka (SRAT), sebelum ini saya pernah melakukannya semasa manjalani TA pada tahun lepas.

Ok, next ialah Ko-Kurikulum.. Saya memasuki Kelab Bolasepak & Ultimate Frisbee. Oleh kerana pada hujung bulan Februari ini akan ada Kejohanan Bolasepak Sekolah Rendah 11-sepasukan, saya sibuk membantu Cikgu Nazrin untuk mencari pemain yang berbakat dan yang layak untuk diserapkan ke pasukan sekolah. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil:



kesian durang ani, semangat kan ikut tapi lai tunggu tah ah mungkin nextyear..

antara murid-murid yang nampak sudah usulnya macam kan kana pilih hehehe

ujibakat sedang dijalankan.. mencari posisi masing-masing yang sesuai...

Saya sangat teruja menjadi guru yang sedang memerhatikan anak murid yang berbakat. Saya teringat ketika saya masih di sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah, saya sering mengikuti pemilihan sebegini dan jarang sekali tidak terpilih. Hampir setiap tahun saya sering terpilih untuk wakil sekolah dalam sukan Bolasepak. Ianya satu kenangan indah buat saya :') (masa berlalu dengan pantas)

Ok, selepas sahaja selesai membuat pemilihan. Kami bercadang untuk membuat satu lagi sesi pemilihan terakhir sebelum kami menyenarai pendek kan untuk memulakan latihan. Selepas atu, saya terus sahaja mengajar pada period 8.40 - 10-10. Memang satu cabaran buat saya pada awal pagi sabtu kerana non-stop dari aerobic, then Ko-Kurikulum dan terus mengajar. Apa yang mencabar lagi ialah apabila ada guru yang ingin melihat cara saya mengajar dan mengendalikan kelas mereka untuk subjek PE ini. Alhamdulilah, segalanya berjalan dengan baik sekali :) Untuk kali ini, saya mengajar dua (2) kelas iaitu Tahun 4b dan 4c. Topik pengajaran ialah, pergerakan asas bukan lokomotor - berdiri & duduk.







Kelas saya berakhir pada jam 10.10 iaitu waktu rehat untuk SRAT. Bila masuk staff, rupanya ada makan-makan besar-besaran. Pada hari tersebut (Sabtu) merupakan hari jadi buat Guru Besar DAN juga Pen. Guru Besar. Nya orang kitani, "Kaluk" or "Kelurusan" sama birth-date durang. Suweeeet~ hehe.. dan jua sekaligus dsambut untuk guru-guru yang birthday bulan Januari, jadinya saya terkandung lah tu hehehehe :p 

"Happy birthday to Guru Besar & Pen. Guru Besar serta guru-guru SRAT 
yang menyambut hari jadi pada bulan Januari :"

Pen. Guru Besar sedang membuat ucapan

Makan time...


Khusu untu Guru besar dari guru-guru SRAT..

Guru-guru TP dari UBD, Fizah, Lexmonica & saya sendiri Aziz...

Well, sebenarnya waktu busy saya kemarin berakhir sejurus sahaja waktu rehat bermula sebab kelas saya pada hari sabtu cuma pada waktu sebelum rehat. Sesuatu terjadi kepada Lexmonica (guru TP) dan mengakibatkan beliau tidak dapat mengajar, saya ditugaskan untuk mengambil alih tempat beliau untuk mengajar. Lexmonica menerangkan kepada saya tentang apa yang hendak disampaikan kepada kelas tersebut.

si ketua darjah yang sporting

belabih ni ia ani, pintar becakap... kiut



sebelum balik 12.30...

Saya seronok dapat berpeluang membawa mereka membuat ulangkaji. Satu kelainan buat diri saya yang hanya mengajar Pendidikan Jasmani selama ini. Walaupun hanya sekejap tetapi saya percaya tiap-tiap saat dan sedikit mana pun ilmu yang diberikan itu akan beroleh pahala dari Allah SWT, Insya Allah.

Ok lah, thats all for now. Saya akan merasakan banyak lagi hari Sabtu yang akan datang. Semestinya hari sabtu merupakan hari yang paling sibuk buat saya. Till next time :)

Assalamualaikum,
Sekian ('',)





No comments:

Post a Comment