I made this widget at MyFlashFetish.com.

16.1.11

Blog rasmi Teaching Practise 08d0518

Assalamualaikum WBT & Salam sejahtera

Saya Ak Abdul Aziz Pg Hj Azahari merupakan mehasiswa dari UBD mengambil jurusan dalam Diploma in Physical Education dibawah naungan fakulti SHBIE.

Insya Allah pada semester terakhir saya pada tahun ini, saya dan rakan-rakan saya akan menjalani Latihan mengajar ataupun Teaching Practise selama empat (4) bulan iaitu dari 17/01/11 sehingga 24/04/11. Saya akan ditempatkan di Sek Ren Ahmad Tajuddin Kuala Belait, yang juga merupakan bekas sekolah tempat saya menjalani Teaching Assistance pada tahun 2010 yang lalu.

Adapun tujuan saya membuat blog ini adalah, selain berkongsi ilmu dan maklumat, blog ini juga bertujuan ingin memudahkan lagi guru pengawas saya ataupun supervisor untuk melihat dan mengetahui perkembangan saya yang terkini semasa berada di dalam mahupun luar sekolah dengan mudah dan lebih cepat. Saya akui saya akan masih mengikuti prosedur-prosedur yang ditetapkan sebagaimana proses latihan mengajar ini pernah dijalankan seperti di tahun-tahun yang sudah. Pembikinan blog ini adalah semata-mata diatas kesanggupan dan inisiatif saya sendiri untuk berkongsi maklumat dan laporan harian, mingguan dan juga bulanan bersama rakan-rakan dan orang ramai yang mengunjungi blog ini selain ditujukan khas kepada guru pengawas.

Apa yang diharapkan agar blog ini sedikit sebanyak akan dapat memberikan saya mahupun rakan-rakan saya diluar sana suntikan semangat untuk lebih maju dalam meingkatkan prestasi dan mutu pengajaran khusus bagi mata pelajaran pendidikan jasmani. Insya Allah saya akan cuba sedaya upaya untuk sentiasa mengemask-kinikan dan sentiasa mengongsikan pengalaman saya semasa menjalani latihan mengajar itu nanti. Jika ada sebarang pendapat atau ilmu yang hendak dikongsikan sila hubungi saya di alamat emel: aziz_08d0518@hotmail.com

Sekian ('',)

No comments:

Post a Comment