I made this widget at MyFlashFetish.com.

18.1.11

Day 2, 18/01/10

Salam readers,



Ok straight to the point saja lah ah, hari ani merupakan hari ke-2 and saya start mengajar mengajar sudah tadi pagi. Well kalau di ikutkan dalam scheme of work untuk rendah bawah hari ani sepatutnya mengajar pasal pergerakan asas & permainan kecil - berjalan.

Lesson Plan sudah siap disediakan malam sebelumnya tetapi entah tiba-tiba saya diberikan peluang untuk buat acara bebas sahaja untuk kelas tersebut iaitu kelas tahun 2a. So, saya pun mengikut arahan dan membawa murid-murid 2a melakukan aktiviti lain. Walau macam mana pun, lesson plan yang dibuat tetap disemak oleh Guru Besar (GB). 

So, beberapa gambar sempat diambil semasa kelas tersebut dijalankan. Apa yang saya buat ialah saya membawakan "pendidikan pergerakan" yang pernah kami belajar semasa di UBD bersama Cikgu Umi Kalthum. Alhamdulilah, murid-murid 2a sangat menyukai nya dan merasa terhibur. Mereka sedang membayangkan berada dalam sebuah Bas yang menuju ke Taman Permainan yang mempunyai keindahan yang cantik, udara bersih dan  banyak binatang dapat dilihat.

Adapun objektif saya membawakan kelas pendidikan pergerakan tersebut ialah, mereka telah belajar:

- mengenali tanda-tanda lampu isyarat semasa berada di dalam bas.
- tidak berebut-rebut semasa menaiki bas.
- menghargai kebersihan alam sekitar taman permainan.
- membuat pergerakan binatang yang dijumpai (imaginasi) dll

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil ketika bersama mereka:

.
.
.
.
mereka membuat "stretching" terlebih dahulu

semasa membayangkan memasuki sebuah gua dengan merangkak

.
.
.
mereka sedang menunjukkan tentang bagaimana ulat bulu memakan rumput mengikut kumpulan masing-masing
.
.
.

semasa mereka membayangkan berada dalam sebuah bas dengan diketuai oleh seorang pemandu bas

ketika bermain
.................................................................................................................................................................

Ok, that was my first class bersama tahun 2a dan segalanya berjalan dengan lancar, Alhamdulilah. Kemudian, saya seperti biasa ada diberikan "relief class" pada period 11.30 - 12.00 tengahari. Sekali lagi bersama kelas tahun 2a. Saya hanya mengarahkan mereka untuk tidak membuat bising sambil menyiapkan kerja sekolah. Bilanya siap keraja~

kelas pun macam pasar riuh sana-sini

ada tia yang kelaie sampai menangis and saya membawa murid tersebut duduk bersama dengan saya dan cuba memujuk murid tersebut


tetapi alhamdulilah, mereka semuanya mendengar cakap dan mengikut arahan yang diberikan. Bab murid kelaie & menangis atu, alhamdulilah saya dapat mengawalnya dengan baik :)




- to be continued








No comments:

Post a Comment