I made this widget at MyFlashFetish.com.

29.1.11

Saturday, January 29


Salam

Alhamdulilah, baru-baru ani saya telah pun mengalami hari-hari saya dengan demam dan saya sekarang kembali sihat. Straight to the point saja lah, sepatutnya tadi (hari ini) saya macam biasa mengendalikan aerobik, tetapi oleh kerana demam so inda dapat tah prepare and guru-guru SRAT pun sangat memahami. Macam biasa lagi, kalau hari Sabtu adalah merupakan hari Ko-Kurikulum untuk SRAT. 

Saya macam biasalah, mengawasi pasukan bolasepak yang sedang membuat latihan untuk persiapan Kejohanan Bolasepak Sekolah Rendah yang dijangka bermula pada bulan Februari ini nanti. Well, inda semana-mana pada hari yang sama, ada dua buah sekolah sedang membuat "Friendly-Match" menggunakan padang sekolah kami. So kami terpaksalah mengalah memberikan mereka laluan untuk membuat friendly match. Sekolah tersebut adalah Sek Ren Kuala Belait & Sek Ren SOAS. Kami diajak oleh SR.SOAS untuk menentang mereka pada Sabtu hadapan, nervous ada juatarus anak murid SRAT ani tadi al-maklum berijap usulnya macam kana gertak hehe..

sesi kejar-mengejar.. objektif: untuk membiasakan mereka membuat man-mark




Pagi yang sangat sibuk untuk durang ani bekerja keras untuk kejohanan tersebut. Tambah-tambah lagi bila ada dua buah sekolah sedang melihat jua, kambang semua tarus tunjuk steady haha.. Masing-masing inda mau kalah lah katakan :p
.
.
.
.

ah ani lain lagi,kanak-kanak yang dibawah ani semua yang ikut KELAB sahaja... Bila disuruh main, ya rabbi..

main pusu!

Well, selama seminggu lebih melatih bolasepak, apa yang saya dapat pelajari ialah nya orang kitani lain mengajar/melatih dewasa lain mengajar kanak-kanak. Kalau dewasa, mereka faham apa yang diterangkan oleh coach/jurulatih. Kalau kanak-kanak, kita mestilah menerangkan dan menunjukkan cara dengan betul. 




.....
Next, sepatutnya saya ada class at 8.40-9.10 bersama Tahun 4c, tapi tiba-tiba guru kelas mereka naik angin and marah arah students 4c. Beliau meminta izin untuk mengambil mereka dan mengecualikan PE untuk hari ini. Kesian, ada yang sedih nada PE hehehe. Mereka di denda kerana ada masalah displin yang tidak diingini berlaku keatas sesetengah murid-murid 4c. Akhirnya semua kana! :p


Seterusnya, m'relief class Pra A. Mulanya ingau pulang pasal ani pertama kali saya diberikan kelas Pra, macam-macam expectation di dalam kepala masa otw kan ke kelas. Tapi Alhamdulilah, kanak-kanak Pra pun inda jua susah benar untuk di uruskan..

Inda pernah dalam seumur hidup saya atau pengalaman sebagai guru ani terfikir menjadi macam Guru Pra. Bila masuk saja kelas tadi, membari rawan hati jua bila kanak-kanak semua melihat & merenung saja. So, apa yang saya buat ialah membawa mereka ke "reading corner" sambil membacakan mereka pelbagai cerita di dalam buku cerita, semua khusyuk and I was like, wow! (Terasa tua eh tadi hehehe)


masa disuruh pura-pura tidur hehe belabih..

masa ani bulih lai ah, sudah basar jangan lai cemani ani hahahaha..







Cuba liat video ani, durang menyanyi tapi blurr hehe.. di tanya lagu apa saja yang durang tau aniii tah saja yang durang nyanyi...
lagu ani tah saja ni ni durang tau hehe..


Hehe ok lah mungkin ani sahaja dulu untuk update terbaru mengenai kegiatan saya. Banyak kerja lagi kan disiapkan, nada lain Lesson-Plan hehe.. Thanks for viewing this blog selama ani ppl :)

Sekian (",)


No comments:

Post a Comment