I made this widget at MyFlashFetish.com.

2.3.11

SRAT berjaya masuk ke Separuh-Akhir!!!!

QUARTER-FINAL

SRAT 2 - 1 SR.LUMUT





Alhamdulilah, akhirnya objektif minimum saya untuk pasukan SRAT tercapai apabila mereka berjaya memasuki ke peringkat Separuh-Akhir dengan menewaskan pasukan "Juara-Bertahan" SR.LUMUT dengan jaringan 2-1.

SRAT berjaya mendahului dengan jaringan 1-0 pada separuh masa pertama, namun keadaan padang yang tidak begiitu memuaskan menjejasskan permainan dan strategi kedua-dua pasukan. SR.LUMUT pula berjaya menyamai kedudukan pada separuh masa kedua. Masing-masing bermain dengan penuh hati-hati dengan desakan habisa-habisan penyokong yang menyaksikan dari luar. Namun akhirnya, pada minit-minit kecederaan tanpa disangka-sangka SRAT berjaya mendapatkan gol kemenangan hasil jaringan percubaan dari jarak jauh.

Secara peribadi, matlamat yang saya sasarkan untuk kejohanan ini adalah untuk memasuki peringkat separuh-akhir. Kini matlamat tersebut sudah pun tercapai, saya teringin sekali melihat SRAT memasuki PERINGKAT-AKHIR. InsyaAllah.

Next match, SRAT akan menentang SR.PSN pada hari Sabtu.

Well Done SRAT!! Satu langkah sahaja lagi untuk ke Final!!!

Alhamdulilah...


No comments:

Post a Comment