I made this widget at MyFlashFetish.com.

8.3.11

Selasa (08/03/11)

Salam

Pada hari ani, saya sekali lagi tidak dapat melakukan sebarang kelas dengan sempurna kerana dewan sekolah telah digunakan kelmarin untuk sesi mesyuarat "Persatuan Ibu-Bapa Guru" (PIBG), manakala pada pagi tadi dewan telah penuh digunakan untuk murid-murid yang membuat persembahan berlatih untuk acara Hari Kebangsaan yang akan berlangsung disekolah pada hari Sabtu depan.



So, saya membawa anak murid ke tempat lain untuk sekurang-kurangnya membuat aktiviti.





Saya juga berkesempatan melihat perkembangan latihan pasukan netball & wakil pemain badminton sekolah yang sedang sibuk membuat persiapan. Kejohanan badminton untuk sekolah-sekolah rendah Daerah Belait akan berlansung pada hari Sabtu ini dan saya telah dijemput untuk mengawas.







Pada sebelah petang, saya dijemput oleh JPKK KB untuk bermain bersama guru-guru KB dalam satu Friendly Match diantara Guru-Guru KB dengan Polis KB. Perlawanan berkesudahan seri 6-6.





Ok lah, sekian sahaja dulu untuk kali ani. Till next time :) 

Sekian.


Kiut...







No comments:

Post a Comment