I made this widget at MyFlashFetish.com.

27.2.11

Kursus Asas Pengadil Bolasepak



Assalamualaikum WBT

Hello semuanya. Saya membuat post kali ani adalah mengenai penglibatan saya di dalam Kursus Asas Pengadil Bolasepak Guru-Guru Sekolah Rendah & Menengah pada pagi tadi (Ahad) yang bertempat di JPKK Kuala Belait.

Alhamdulilah, penglibatan dan sambutan daripada guru-guru sangat memuaskan. Kursus ini telah disampaikan bersama pegawai-pegawai JPKK dengan Yang Di-Pertua Persatuan Pengadil NBD, Pg. Aliudin Pg. Tajudin. Kursus sehari suntuk dari pagi ke petang ini adalah inisiatif dari JPKK untuk memberi peluang kepada guru-guru sekolah mendapatkan pengetahuan asas dan kemahiran skill untuk menjadi pengadil mahupun penjaga tepi.

Pada sesi pagi kami diberi taklimat mengenai undang-undang mengikut standard FIFA manakala pada sesi petang kami semua membuat latihan praktikal pengadil dan penjaga tepi.

Saya sebagai satu-satunya guru TP yang mengikuti kursus tersebut sangat berbesar hati dan bersyukur kerana diberikan peluang seperti ini untuk mendedahkan lagi penglibatan aktif saya selama menjalani TP ini. Apa yang penting sekali, kursus-kursus seperti ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dengan memperolehi ilmu pengetahuan yang berharga.















Pihak persatuan pengadil NBD juga ada menawarkan kursus pengadil kelas ketiga untuk siapa-siapa yang berminat untuk lebih berkecimpung dan berjinak-jinak dengan dunia pengadil bolasepak. Saya join! hehe.. Insya'Allah, siapa tahu sukses sebagai penambah income hehe..

Sekian

No comments:

Post a Comment