I made this widget at MyFlashFetish.com.

25.2.11

36 days left...


Salam

Alhamdulilah, sudah masuk bulan ke dua buat kami/ketani/saya menjalani TP ani. Insya Allah tinggal lebih kurang dua bulan sahaja lagi untuk menamatkan nya. Hehehe gambar diatas atu masa saya mc tu hari Selasa, mengajut tia demam panas..

Selama dua bulan ani, syukur alhamdulilah banyak ilmu & pengalaman dapat dipelajari. Setiap hari mengajar dapat meningkatkan lagi keyakinan diri dan mencari dimana kesilapan yang perlu diperbaiki (jika ada). Secara peribadi, ok lah so far so good. Biasalah tu kan, ada class yang kurang sikit kan cooperate dengan kita tapi bilanya ada class yang kata orang bisai and mendengar arahan, atu tah yang "siok" jadinya mengajar ani hehe.

Walau macam mana sekali pun, setiap kesulitan memang ada cara untuk menyelesaikan nya. Tambah-tambah lagi balum kana observe dari supervisor ani tah makin kuat nervous ani hehe.

So, bulan March kan tiba. Apa yang ada pada bulan March ani di SRAT? 

Well, macam sekolah rendah yang lain jua kali, akan ada Peperiksaan Penilaian 1 dari 01/03/2011 sehingga 05/03/2011. SRAT juga akan mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan pada 12/03/2011 (Sabtu).

Semestinya bulan March ani bulan yang busy untuk diri saya. Gerenti ni bulan kana observe2 saja ni usulnya hehe so banyak persiapan perlu dibuat. " Sediakan payung sebelum hujan~ " Bulan ani jua akan bermulanya Kejohanan Bolasepak Sekolah Rendah Daerah Belait dan SRAT akan menentang SR.PSJ pada hari Isnin ani untuk pusingan "Kalah-Mati" di Padang SMPW. Mudah-mudahan semuanya akan berjalan dengan baik dan sempurna.

Ok lah, Insya Allah saya akan mengongsikan mengenai apa sahaja aktiviti dan penglibatan saya yang akan datang. Sorry sebab inda banyak update lately ani. Kalau ada yang masih setia menyubuk blog ani terima kasih banyak-banyak diucapkan hehe..

Sekian..

No comments:

Post a Comment