I made this widget at MyFlashFetish.com.

5.4.11

Kejohanan Bolajaring Sekolah Rendah Daerah Belait Tahun 2011



Petang kelmarin, Isnin, 04/04/11, telah berlangsungnya Kejohanan Bolajaring peringkat Sekolah Rendah Daerah Belait di Sek. Rendah Sg. Tali, Lumut. Kejohanan tersebut berlangsung selama dua hari sahaja iaitu hari pertama untuk pusingan Kalah-Mati manakala hari seterusnya untuk peingkat Akhir.

Nasib tidak menyebelahi buat pasukan Bolajaring SRAT setelah tewas di tangan SR. SOAS pada perlawanan pertama. SRAT telah mendahului permainan dengan jaringan 2-0, akan tetapi SR.SOAS dapat mengejar sehingga menewaskan SRAT dengan jaringan 3-2. SRAT pulang dengan tangan kosong. Hanya pasukan Bolajaring SRAT yang tidak mendapatkan sebarang kedudukan setelah pasukan Bolasepak berjaya mendapat Naib Johan manakala Badminton pula, Perseorangan Lelaki berjaya mendapat tempat Kedua dan Perseorangan Perempuan di tempat Ketiga. Kini, SRAT akan bergantung dengan Kejohanan Sepak Takraw untuk sekurang-kurangnya mengharumkan nama sekolah.







No comments:

Post a Comment