I made this widget at MyFlashFetish.com.

24.4.11

Hari Terakhir TP :')









Assalamualaikum WBT

Alhamdulilah, pejam celik pejam celik akhirnya tamatlah sudah tempoh 4 bulan saya menjalani Teaching Practise ataupun Latihan Mengajar di Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin, Kuala Belait.

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sesiapa pun yang terlibat dalam mengendalikan program Latihan Mengajar bagi tahun 2011 ini. Tidak lupa kepada semua guru-guru SRAT yang sudi menerima saya kembali mengajar di sekolah tersebut, banyak memberi tunjuk ajar dan teguran yang membina untuk kepentingan dan bekalan saya pada masa akan datang.

Setinggi penghargaan juga saya berikan kepada Guru Besar SRAT, Cikgu Maisalamah diatas sokongan dan keprihatinan beliau sepanjang kami berada si sekolah tersebut. Juga kepada guru-guru CT dan terutama sekali kepada Supervisor saya diatas tunjuk ajar yang diberikan.

Semestinya saya akan merindui segala kenangan manis mahupun pahit semasa saya menjalani Latihan Mengajar di SRAT. Saya akan merindui kesemua murid-murid SRAT. Mudah-mudahan segala pengajaran yang telah saya sampaikan akan diberkati oleh Allah SWT, Insya Allah...

Saya juga ingin meminta maaf andai ada terdapat sebarang kesilapan atau terkasar bahasa di dalam blog ini. Tujuan utama pembikinan blog ini adalah semata-mata untuk rujukan Supervisor dan juga sekadar perkongsian bersama rakan-rakan lain. Insya Allah blog ini akan mula di padamkan dalam masa yang terdekat.

Last but not least, mudah-mudahan segala inisiatif yang telah saya buat ini akan dapat sekurang-kurangnya Grade yang memuaskan. Saya sudah buat semampunya dan yang terbaik untuk diri saya, murid-murid dan sebagainya. Selebihnya, saya serahkan kepada pihak UBD untuk menilai kemampuan dan prestasi saya dan berserah kepada Allah SWT. Insya Allah.

Sekian sahaja dari saya untuk post yang terakhir.

Assalamualaikum WBT.

GOODBYE SRAT! 
till we meet again.....
THANK YOU FOR EVERYTHING..

No comments:

Post a Comment