I made this widget at MyFlashFetish.com.

15.4.11

Im Back...

Assalamualaikum..

Akhirnya baru lah ada kesempatan untuk meng'update blog ani setelah selama hampir seminggu+ diam tanpa post baru hehe. InsyaAllah akan saya cuba kongsikan sedikit-sebanyak kegiatan saya pada hari-hari yang lepas. Antara cerita yang ingin dikongsikan ialah: 

1. Saya diberikan amanah untuk menggantikan sementara Guru yang menjalani kursus selama sebulan diluar negara iaitu saya mengajar subject Science untuk Tahun6. Satu cabaran buat diri saya sebelum menamatkan TP ani :)




2. Pada hari Isnin lepas, buat pertama kalinya saya telah didatangi oleh Supervisor saya iaitu Cikgu Hjh Masriatol Zuraifah yang meng'observe kelas saya selepas waktu rehat dari jam 10.30 - 12.00. Tiada gambar yang dapat dikongsikan (focus mengajar hehehe). Alhamdulilah, Gred yang diberikan cukup memuaskan walaupun seringkali banyak gangguan yang tidak diduga.

3. Yang paling busy berabis pada minggu ani adalah apabila SRAT menjadi tuan rumah untuk Peraduan Mari Bercerita Peringkat Sekolah Rendah Daerah Belait Tahun 2011 pada Khamis lepas, 14/04/2011. Hampir satu minggu guru-guru serta murid-murid bergotong-royong beramai-ramai membersihkan dan mengubahsuai dewan sekolah. Saksikan saja lah gambar-gambar dibawah yang sempat saya ambil....









Semasa membuat dinding papan...

Lawatan kerja dari pusat Dewan Bahasa & Pustaka

Krew-krew RTB bertungkus-lumus bekerja untuk bahagian P.A System

.
.
.
dari meja juruacara... Saya menjadi juruacara pada hari tersebut ;)




Peserta-peserta peraduan mari bercerita

4. Pada Sabtu lepas, saya mengawas murid-murid yang mewakili SRAT untuk Kejohanan Sepaktakraw Sek Ren Daerah Belait yang bertempat di Kompleks Sukan Mumong. Pasukan SRAT telah kalah pada perlawanan pertama di tangan SR.SOAS...



Yang sebenarnya ada banyak lagi perkara lain yang saya buat pada minggu lepas, mungkin ani saja lah yang mampu saya ceritakan. Sebagai rumusan, memang minggu lepas dan minggu ani adalah minggu yang sangat padat untuk diri saya. Pada masa yang sama, saya mengajar Science dan Pendidikan Jasmani, balik dari sekolah pada sebelah petang sibuk naik turun ke UBD untuk menghadiri Mesyuarat Agong PMUBD, membuat persiapan untuk kedatangan Supervisor, tambahan lagi pada masa yang sama SRAT telah sibuk membuat persiapan untuk Peraduan Mari Bercerita dan banyak lagi hehehe...

Alhamdulilah, saya sudahpun mengongsikan apa yang saya buat pada kebelakangan ani. Pejam celik pejam celik, minggu hadapan adalah MINGGU TERAKHIR untuk semua mahasiswa UBD yang menjalani TP. Perasaan pun bercampur-campur rasanya, ada yangsedih tu for sure and ada jua yang inda sabar-sabar kan abis hehe.. Walau macam mana pun, saya berazam untuk all-out pada minggu terakhir ani InsyaAllah.....

Setakat ani sahaja dulu ye... akan di sambung lagi di lain kesempatan..

Salam..

No comments:

Post a Comment